Kejam….Perut Ibu Dibelah Untuk Culik Bayi


BAYI perempuan ini baru berusia beberapa hari tetapi dia telah mengalami kejadian paling tragis dalam hidupnya.

Ibunya, Savanna Lafontaine-Greywind, 22, telah dibunuh dan perutnya dibelah dalam usaha untuk menculik bayi berkenaan.

Mayat wanita yang berasal dari North Dakota itu telah dibuang ke dalam Sungai Merah dan hanya ditemui minggu lepas, setelah hilang 19 Ogos lalu.

Ketika itu, Savanna yang mengandung lapan bulan keluar dari rumah untuk melawat jirannya.

Susulan itu seorang wanita, Crews, 38, dan kekasihnya, Eilliam, 32, telah didakwa membunuh, menculik dan memberikan kenyataan palsu kepada polis.

Bayi itu ditemui selepas Crews membawanya pulang ke rumahnya di sebuah apartmen dan menunjukkannya kepada orang ramai

Crews sebelum ini memberitahu polis bahawa mangsa telah memberikan bayi itu kepadanya namun akhirnya mengaku telah mengambil kesempatan ke atas Savanna dalam usaha menculik bayi dalam kandungannya.

Bayi itu kini dalam jagaan bapanya yang merupakan kekasih Savanna, Ashton serta ibu bapa Savanna. 

Sumber: Mynewshub

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com