Kediaman Dibakar, Ratusan Ribu Pelarian Rohingya Melarikan Diri Ke Bangladesh


MYANMAR- Lebih 2,600 kediaman warga Rohingya di Myanmar dibakar menyebabkan ratusan ribu pelarian melarikan diri ke Bangladesh dalam masa 24 jam.

Pihak berkuasa Myanmar menuduh pasukan tentera penyelamat Arakan Rohingya sebagai dalang di sebalik kejadian yang meragut nyawa ratusan penduduk sejak minggu lepas.

Menteri Luar Britain Boris Johnson mengecam tindakan tersebut dan berkata keganasan ini mencemar reputasi Myanmar.

Kenyataan ini susulan laporan kumpulan hak asasi manusia yang menyatakan ratusan orang termasuk kanak-kanak telah dibakar hidup-hidup dan dipancung.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com