Kedai Ranap Dibadai Ribut Depan Mata Di Ipoh


SEBUAH kedai makanan Thai di Persiaran Tebing Tinggi, Kampung Temiang, Ipoh, musnah dilanda ribut semalam.

Kejadian kira-kira 5 petang itu turut mengakibatkan sebuah rumah berdekatan terjejas.

Pemilik kedai berkenaan, Adam Dolah, 38, berkata ketika kejadian dia sedang membuat persiapan untuk membuka kedai apabila ribut melanda menyebabkan seluruh kedai musnah.

"Angin terlalu kuat dan saya terus berlari keluar dari kedai, hanya mampu melihat angin menerbangkan kedai hingga ranap,” katanya.

Beliau yang sudah 10 tahun menjalankan perniagaan menanggung kerugian lebih RM15,000 akibat kerosakan kedai yang disewa itu selain kerusi, meja, perkakas dapur dan barangan elektrik.

Seorang lagi mangsa, Mohd Aizuddin Azman, 27, keadaan menjadi panik apabila dua khemah yang dipasang di garaj rumahnya terbalik manakala kabel elektrik terputus.

"Dua khemah itu terbalik dan tersangkut pada wayar elektrik yang kemudiannya putus.

"Bumbung rumah saya turut mengalami kerosakan akibat ribut itu," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com