Kedah Tidak "Cuak" Bertemu Selangor


ALOR SETAR - Skuad Helang Merah yang semakin menempah nama dalam dunia sukan bolasepak kini kembali yakin apabila mengakui tidak "cuak" dan tidak gentar untuk ber­depan Selangor pada aksi suku akhir pertama di Stadium Maj­lis Perbandaran Selayang minggu ini.

Masing-masing pernah bergelar sebagai  juara Piala Malaysia dan pastinya kelebihan diperolehi Selangor yang pernah bergelar juara sebanyak 33 kali.

Namun pengendali Kedah, Mohd. Nidzam Ad­zha Yusoff yakin bahawa anak buahnya pasti akan menampilkan aksi cemerlang dan mampu membenam skuad Gergasi Merah itu.

“Kedah akan memberi caba­ran sengit pada perlawanan su­ku akhir nanti untuk memburu kemenangan dalam usaha melangkah ke peringkat lebih jauh pada kempen Piala Malaysia,” katanya.

Dalam aksi menentang Kelantan pada Sabtu  di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya menyingkirkan Kelantan 2-0 menerusi jari­ngan Sandro da Silva (m-24) dan gol kedua pula hasil sentuhan Ken Ilso Larsen minit ke-77.

Kemenangan tersebut lantas melonjak Kedah ke tangga teratas Kumpulan C dan bakal membuat perhitungan dengan Selangor pada suku akhir Piala Malaysia, 15 atau 16 September ini.

Sementara itu, kekalahan Kelantan pada ak­si itu menyebabkan mereka terkeluar daripada saingan Pia­la Malaysia musim ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com