Kedah Terima Hujan Lebat Sehingga November


ALOR SETAR - Kedah dijangka menerima jumlah hujan yang tinggi sehingga November ini, kata Pengarah Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria @ Che Kob. 

Keadaan itu disebabkan musim peralihan angin monsun yang biasanya bermula pada Oktober. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga dengan ribut petir beserta angin kencang yang biasanya akan melanda pada waktu petang.

“Orang ramai perlu kenal tanda-tanda apabila ribut akan melanda seperti angin beserta kilat dan guruh serta mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau turut mengingatkan mereka yang tinggal di kawasan rendah agar lebih berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa kerana berisiko dilanda banjir kilat. 

Pada 7 September lepas, angin kuat menyebabkan lebih 50 buah rumah di sekitar daerah ini rosak teruk, manakala tiga kenderaan dihempap pokok tumbang.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa jalan di sekitar Alor Setar sesak, terutamanya di plaza tol Alor Setar Utara apabila beberapa pokok tumbang sehingga menghalang jalan utama.- Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com