Kanak-Kanak 9 Tahun Disyaki Dirogol Rakan Usia 10, 11 Tahun Di Kedai Baja


LIMBANG - Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun dipanggil untuk siasatan semalam selepas disyaki terlibat dalam serangan seksual dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai baja di sini.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.10 malam semalam, apabila ibu mangsa, seorang pekerja ladang berusia 32 tahun keluar mencari anak perempuannya.

"Kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika bermain dengan dua kanak-kanak lelaki di sebuah kedai baja di ladang Kampung Palas, di sini.

"Apabila si ibu memasuki kedai tersebut, dia terkejut apabila mendapati anak perempuannya sedang terbaring tanpa sebahagian pakaian di atas tilam dan ditindih salah seorang kanak-kanak lelaki itu.

Kata Dev, terkejut dengan keadaan tersebut, ibu mangsa bertindak mengheret keluar anak perempuannya sebelum mengesan tompokan merah pada bahagian alat sulitnya.

"Khuatir dan curiga anak perempuannya mengalami penderaan seksual, ibu mangsa bergegas ke Balai Polis Limbang untuk membuat laporan polis.

"Kanak-kanak malang tersebut telah dibawa ke Hospital Miri petang tadi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, manakala kedua-dua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut," katanya lagi.

Kes disiasat sebagai jenayah rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com