Kadar Kelahiran Bayi Singapura Menurun


SINGAPURA  - Walaupun kerajaan negara ini memberi insentif kepada penduduknya untuk menambah bilangan anak namun statistik tahun lalu menunjukkan kelahiran bayi warga tempatan semakin berkurangan.

Jabatan Statistik Singapura memaklumkan hanya sejumlah 33,167 bayi warga tempatan dilahirkan tahun lalu berbanding seramai 33,725 pada tahun sebelumnya.

Menurut Bank Dunia, negara ini mempunyai kadar kelahiran keempat terendah di dunia pada 2015. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com