Jumlah Mangsa Banjir Langkawi Meningkat


LANGKAWI - Jumlah mangsa banjir di Langkawi meningkat kepada 173 orang sehingga 11 pagi ini, apabila sembilan lagi mangsa didaftarkan di Pusat Pemindahan Dewan Kampung Raja di sini.

Berdasarkan maklumat Bilik Gerakan Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, mangsa banjir itu merupakan penduduk dari 13 kampung di mukim-mukim Kedawang dan Padang Matsirat.

Sementara itu, paras air di Sungai Kuala Melaka dilaporkan menurun ke 3.83 meter berbanding 4.02 meter yang dicatatkan pada jam 8 malam semalam.

Bagaimanapun catatan ini masih lagi melepasi paras bahaya iaitu 3.40 meter.

Jabatan Meteorologi meramalkan beberapa tempat di pulau ini akan mengalami hujan pada sebelah petang ini namun akan reda pada sebelah malam. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com