Jual Vellfire, Chef Wan Jimat RM10,000 Sebulan


NAMANYA antara yang disebut-sebut kerana telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang masakan. Siapa lagi kalau bukan cef selebriti terkenal, Chef Wan.

Baru-baru ini dia telah memuat naik satu posting menerusi laman Instagram yang berjaya mencuri perhatian ramai netizen.

Mana taknya, dalam posting tersebut dia menyatakan dia mampu berjimat sebanyak RM10,000 sebulan. Haaa… apa sebabnya?

Katanya, dia telah menjual kereta mewah Vellfirenya lapan bulan lalu dan angka itu dapat dijimatkan setiap bulan.

“I just loved not having any liabilities, perangai drivers ini mahu pun any car expenses since I sold my Vellfire more than eight months ago. (Saya gembira tidak mempunyai apa-apa liabiliti, perangai pemandu mahu pun perbelanjaan kereta sejak saya jual Vellfire saya lebih lapan bulan lalu.)

“Is the best thing I ever done! (Ianya merupakan perkara terbaik saya pernah lalukan!)

“In fact I managed to save almost RM10,000 a month easily saja by not having a car and a driver that I am so used too for the last 20 years (Bahkan saya mampu jimat hampir RM10,000 sebulan senang-senang saja hanya dengan tidak mempunyai kereta dan pemandu yang saya sudah biasa gunakan sejak 20 tahun kebelakangan ini),“ tulisnya.

Kisah dia menceritakan hal ini bermula apabila kebetulan bersembang dengan jirannya yang menegur halaman rumah Chef Wan kosong tanpa ada kereta.

Disebabkan itu, ayah kepada pelakon Serina ini mengakui dia telah menjual keretanya dan hanya menggunakan perkhidmatan Uber atau juga Grab.

Menurutnya, dia sudah tidak perlu risau dan memikirkan kerenah pekerja yang makan gaji dengannya.

“No hutang kereta, no stress perangai driver and they (Uber and Grab driver) get me to where I want to go (Tiada hutang kereta, tiada tekanan kerana perangai driver dan mereka (pemandu Uber dan Grab) boleh bawa saya ke mana-mana sahaja saya mahu pergi),“ tulis hos kepada rancangan Ole Ole Chef Wan ini lagi.

Dia juga tidak berasa malu untuk menaiki perkhidmatan Uber dan Grab setiap hari. Ini kerana dia tidak kisah dengan prestij dan namanya sebagai seorang cef selebriti untuk tidak mempunyai kereta mewah.

“Sebab saya tak kisah pasal prestige having a branded and luxury car (memiliki kereta berjenama dan berprestij). Memang la senang hidup naik Uber hari-hari!” tambahnya lagi.

Jadualnya yang padat travel ke luar negara untuk urusan penggambaran juga menjadi punca dia menjual kereta tersebut. Katanya tiada sebab untuk membiarkan kereta itu hanya tersadai lama-lama di garaj.

Dalam pada itu, Chef Wan ada menyelitkan sedikit peringatan kepada dirinya yang mana rezeki lebih itu boleh disedekahkan kepada yang memerlukan selain jadi saham akhiratnya kelak. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com