Jepun Layak Ke Piala Dunia Russia 2018


SAITAMA- Jepun layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia tahun depan selepas jaringan Takuma Asano dan Yosuke Ideguchi membantu mengatasi Australia 2-0 pada aksi kelayakan Kumpulan B Zon Asia di sini, semalam.

Ini adalah kali keenam skuad Samurai Biru mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Asano menjaringkan gol pendahuluan empat minit sebelum babak pertama berakhir, manakala Ideguchi memastikan kemenangan mutlak Jepun menerusi tendangan jarak jauh pada minit ke-82.

Jepun adalah negara keempat mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia pada tahun depan.

Sebelum ini Brazil dan Iran sudah mara lebih awal untuk menyertai tuan rumah.

Piala Dunia Russia dijadual pada 14 Jun hingga 15 Julai tahun depan. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com