Jangan Beri Sokongan Pada Pakatan Harapan - PAS Kedah

 

ALOR SETAR - Dewan Pemuda PAS Kedah mengingatkan pengundi di negeri ini agar tidak terpedaya dengan memberi undi kepada Pakatan Harapan terutamanya DAP yang diterajui Penasihatnya Lim Kit Siang,

Ketuanya Salim Mahmood berkata  memberi undi kepada PAN, PKR dan PPBM sebenarnya adalah sama seperti memberi undi kepada DAP yang lantang tidak bersetuju dengan beberapa perkara mengenai Melayu dan Islam.
 
Katanya pengundi perlu berwaspada dengan taktik DAP yang cuba melebarkan pengaruh mereka di Kedah dan dipercayai akan meletakkan lebih banyak calon parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
 
"Inilah liciknya DAP yang tentunya juga akan menggunakan seluruh kekuatan parti itu untuk memastikan rakan pakatan dipengaruhi mereka. Rakyat negeri Kedah perlu hindari diri agar tidak terjebak ke kancah dicaturkan ini," katanya
 
Salim berkatta demikian Himpunan Jentera Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini, semalamyang dilancarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat  Muhammad Khalil Abdul Hadi.
 
Sementara itu Muhammad Khalil  memberitahu wartawan PAS akan meletakkan hampir 50 peratus calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti terdiri daripada golongan muda yang diyakini mampu mendapat sokongan rakyat.
 
 PAS bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru kerana sudah tidak terikat lagi dengan pakatan pembangkang seperti sebelum ini, ujarnya lagi.
 " Fokus utama kami ialah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor pada PRU14 kali ini kerana negeri-negeri tersebut mempunyai ramai pengundi Melayu beragama Islam tetapi pada masa yang sama tidak mengabaikan Perlis, Pahang dan Perak, " juar beliau lagi..
Katanya PAS sama sekali tidak bergantung pada kelemahan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tetapi bergantung kepada kekuatan yang ada pada PAS sendiri.
 
Sebelum ini PAS telah menolak sebarang kerjasama dengan PH walaupun PKR yang baru-baru ini masih  berusaha hendak menjalin hubungan menjelang PRU14. -Kedahnews.com  
 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com