Irma 'Bantu' Banduan Lolos


LEBIH 100 banduan disyaki meloloskan diri selepas bangunan penjara di kepulauan British Virgin musnah akibat dibedil taufan Irma.

Sky News melaporkan, kejadian itu melibatkan antara 100 dan 120 banduan.

Bagaimanapun, setakat ini, angka sebenar banduan yang melarikan diri belum dapat disahkan.

Taufan Kategori Lima itu mula membadai utara Florida pada Ahad.

Agensi cuaca taufan meramalkan kelajuan taufan Irma akan lebih menurun dalam tempoh 24 jam.

Di sekitar Atlantik, taufan Jose membadai kawasan itu dengan kelajuan 249 kilometer sejam (kph).

Selain itu, di Teluk Mexico pula, taufan Katia pada Kategori 1 mula bergerak pada kelajuan 120 kph.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com