Import Kedah Tak Terkesan


BERITA mengenai seorang daripada pemain import Kedah bakal digugurkan pada akhir musim ternyata tidak merencatkan aksi mereka untuk meraih kemenangan buat skuad hijau kuning.

Sebaliknya ketika menentang Kelantan di Staduim Darul Aman, Sandro Da Silva dan Ken Ilso Larsen menjadi penyumbang kepada tiga mata yang diraih.

Tidak cukup dengan itu, Sandro, 33, berazam untuk memastikan Kedah melangkah ke final Piala Malaysia bagi mempertahankan kejuaraan yang diraih musim lalu.

Ini kerana, bagi Sandro, dia tidak dapat membantu skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusof pada musim lalu kerana mengalami kecederaan tulang belakang.

Memandangkan kecederaan itu sudah pulih, kini dia mahu menggunakan kelebihan yang ada untuk menyumbang kejayaan buat Kedah.

"Musim lalu saya kecewa dan sedih kerana terpaksa meninggalkan Kedah dan pulang ke Brazil untuk merawat kecederaan tulang belakang.

"Musim ini saya sudah mampu beraksi dengan kemampuan sebenar dan dapat menjaringkan gol dengan bantuan rakan-rakan.

"Saya juga bersyukur kerana dapat membentuk persefahaman dengan pemain lain khsusnya Ilso Larsen dan Liridon Krasniqi.

"Selain itu, keserasian dengan pemain tempatan juga memainkan perana penting dalam pergerakan saya untuk mencari gol," katanya kepada mStar Online.

Kontrak Sandro bersama Kedah bakal tamat pada akhir musim ini.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com