Ibu Jumpa Arwah Ahad Lalu


KUALA LUMPUR - Mohd Zattullah Roslan, 11, seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, sempat bertemu ibunya Ahad lalu.

Kamizan Yusof, 48, dia tergerak hati untuk membaca surah Nuh semalam dan tidak menyangka ada kaitan dengan kejadian yang menimpa anak lelaki tunggalnya hari ini.

"Kali terakhir berjumpa arwah Ahad lalu, untuk memenuhi permintaan makanan kesukaan arwah dan barang keperluannya.

"Saya tidak pernah menolak apa-apa yang dia mahu," katanya ketika ditemui BH, di sini hari ini.

Mohd Zattullah ialah anak bongsu daripada dua adik beradik.

Kamizan berkata, dia mengetahui mengenai kajadian itu kira-kira jam 7 pagi tadi selepas dihubungi rakannya, Zubaidah Majid, 54, yang menetap berhampiran pusat tahfiz berkenaan.

"Sepanjang perjalanan, saya berdoa agar Mohd Zattullah selamat tetapi apabila tiba di sini, saya dimaklumkan dia maut dalam kebakaran.

"Saya reda dia dah pergi," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com