Henti Buat Kenyataan Mengelirukan


KUALA LUMPUR - Orang ramai terutama pengguna media sosial seperti Facebook dinasihat menghentikan sebarang kenyataan atau komen yang mengelirukan berkaitan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Hujung, kelmarin.

Justeru, penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al -Hafiz berkata, apabila berlaku insiden sebegitu, masyarakat seharusnya tidak boleh mempertikaikan takdir dan urusan ketentuan Allah SWT.

"Hidup ada pelbagai cara dan mati juga ada pelbagai cara. Bukan hak kita untuk mempertikaikan cara kematian seseorang.

"Maka berhati-hatilah dengan ujian Allah kerana semua makhluk akan menghadapinya. Namun, apa yang penting adalah kita perlu berdoa supaya dapat menghadapi dengan tenang dan mati dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini hari ini.

Sumber: Berita Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com