Hayati Erti Sebenar Ibadah Korban


JOHOR BAHRU  - Umat Islam diminta menghayati natijah di sebalik ibadah korban dan menjelmakannya dalam konteks kehidupan seharian.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled berkata, kehadiran Aidiladha memperingatkan umat Islam tentang sirah penting dalam kalendar Islam, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail atas ketaatan kepada Allah.

Beliau berkata, sirah pengorbanan itu menuntut umat Islam menghayati natijah di sebalik ibadah korban dan mengajar mengenai hakikat pengorbanan sebenar.

“Kemajuan tamadun juga memerlukan pengorbanan, lebih maju sesebuah tamadun, lebih banyak pengorbanan diperlukan. Pengorbanan dari segi buah fikiran, tenaga, harta benda dan wang ringgit.

“Di Johor, kita perkenalkan agenda Johor Islami yang menjadi aturan sendi kehidupan umat Islam dan menjadi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini,” katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha, di sini.

Mohamed Khaled berkata, perlunya ada usaha bagi menjayakan matlamat Johor Islami dan usaha itu memerlukan pengorbanan dan bukan menjadikannya sebagai slogan semata-mata.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com