Hampir 270,000 Pelarian Rohingya Banjiri Bangladesh - UNHCR


COX'S BAZAR (Bangladesh) - Kira-kira 270,000 orang Rohingya membanjiri Bangladesh bagi menyelamatkan diri daripada tindakan ganas terhadap mereka di Myanmar lapor jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Pelarian (UNHCR).

Vivian Tan berkata, jumlah tersebut meningkat mendadak daripada 164,000 orang pada hari Khamis.

"Walaupun bagaimanapun ini tidak menggambarkan pelarian tersebut baru tiba dalam tempoh 24 jam, tetapi banyak yang baru muncul di kawasan perlindungan dikesan.

“Jumlah tersebut sangat membimbangkan dan tindakan perlu diambil segera bagi menyelesaikan konflik di Myanmar,” katanya. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com