Gempa Bumi Gegar Tokyo


TOKYO - Gempa bumi berukuran 4.6 magnitud menggegar wilayah timur Jepun pada Khamis, lapor Agensi Meteorologi Jepun.

Gegaran berlaku kira-kira pukul 9.27 pagi waktu tempatan berpusat di utara Tokyo, wilayah Saitama.

Gempa itu diukur pada kedalaman 50 kilometer.

Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tiada laporan kemalangan jiwa mahupun kerosakan turut dilaporkan.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com