Gegaran Di Korea Selatan, Jepun Sahkan Ia Letupan Nuklear


TOKYO- Jepun membuat kesimpulan gegaran yang dikesan di Korea Utara adalah letupan nuklear, ujian atom yang keenam dilancarkan Pyongyang sejak 2006.

"Selepas melakukan penilaian data, kami membuat kesimpulan ia adalah ujian nuklear," kata Menteri Luar Jepun, Taro Kono, ketika taklimat yang disiarkan NHK susulan perjumpaan dengan Majlis Keselamatan Kebangsaan Jepun, semalam.

Kementerian Pertahanan Jepun berkata, tiga tentera pesawat tentera sudah dihantar dari pangkalan Jepun untuk membuat ujian radiasi. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com