Gara-Gara Akaun FB Digodam, Penyampai Radio Hot FM Haziq Lapor Polis


PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq membuat laporan polis hari ini selepas gambarnya disalah guna di Facebook selain akaun sendirinya digodam.

Dia menyedari perkara itu daripada beberapa pengguna laman sosial itu dan segera membuat laporan bagi mengelakkan kekeliruan.

Haziq berkata, dia membuat laporan kerana bimbang identitinya disalah guna dan memberi kesan kepada imejnya.

"Saya mahu individu itu hentikan penyebaran gambar dan maklumat tidak bermoral menggunakan identiti saya.

"Saya juga akan membuat laporan kepada Facebook sendiri kerana ia pasti menjejaskan reputasi dan menimbulkan salah faham ramai terhadap saya," katanya.

Sebuah akaun yang menggunakan nama Haikal Jee serta gambar Haziq disedari pengguna internet sebelum dia sendiri ternampak akaun itu.

Akaun berkenaan kerap berkongsikan gambar serta maklumat tidak bermoral. Tidak lama selepas itu, akaun miliknya pula digodam.

Sumber:MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com