Gadis Dirogol Datuk Tiri Di Miri Kini Bawah Jagaan JKM


MIRI - Seorang pelajar yang cuba terjun daripada bangunan asrama selepas dirogol oleh datuk tirinya kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Datuk tiri tersebut yang meninggal dunia pada Jumaat selepas ditemukan berada di pondoknya dan telah mengambil racun perosak.

Polis yang berada di pondok tersebut menahan suspek dan mengejarkannya ke hospital. Dia meninggal dunia di hospital.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata, gadis berusia 14 tahun itu berada dalam keadaan selamat dan diberikan rawatan sewajarnya serta dilindungi oleh JKM.

"Dia turut mendapat nasihat kaunseling. Mangsa cuba membunuh diri kerana keadaan emosi yang tidak stabil.

"Kelakuannya (cuba bunuh diri) menunjukkan betapa terdesaknya dia ketika itu.

"Ini adalah serius dan sebagai amaran kepada kita semua tentang kesan akibat perbuatan sumbang mahram dan rogol kepada golongan remaja," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, kes tersebut mula diketahui pada 21 September di Hospital Sri Aman selepas mangsa mengalami kecederaan akibat jatuh dari tingkat satu asramanya.

Mangsa disahkan hamil lima minggu dan memberitahu pihak JKM bahawa datuk tirinya pernah merogol dia sebanyak dua kali pada Ogos lalu.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com