Fasha Sandha Jadi DJ Club? Betul Ke Ni?


Rabu petang, Papa diajak seorang teman ke sebuah pusat hiburan sekitar TRec, Kuala Lumpur. Katanya ada kejutan!

Dalam hati Papa, apa hal dia ni sakit ke ajak pergi kelab petang-petang hari kala semua orang dok sibuk bekerja. Biasanya ke kelab apabila tengah malam nak masuk esok pagi.

Apa yang buat Papa lagi jadi biol, katanya ada kejutan! Aikkkk ulang tahun kelahiran Papa lambat lagi.

Tapi kawan punya pasal, Papa ikutlah dia sekejap. Masuk saja dalam pusat hiburan berkenaan Papa nampak seorang perempuan cantik tengah dok spin baik punya dekat area DJ.

Muka memang biasa Papa tengok. Bila Papa melihatnya pada jarak dekat, la..Fasha Sandha ke? Aikkk dah tukar ‘profesion’ ke sis?

Baru nak timbul syak wasangka tapi nasib baik belum jatuh fitnah, Papa dikejutkan dengan suara lelaki melaungkan ‘cut’ menggunakan hailer dengan kuatnya!

Opps! berlakon rupanya. Adoi suspens betul. Jadi Papa terus risik-risik apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya Fasha terbabit dalam penggambaran drama dan membawa watak penampilan khas sebagai Dj kelab.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com