Elly 'Ikat Perut' Selepas Aidilfitri


KUALA LUMPUR - Menyedari berat badan naik selepas Aidilfitri, Elly Mazlein tak bertangguh mengamalkan diet sihat dan bersenam bagi mendapatkan semula bentuk tubuhnya.

Elly, 37, berkata, tindakan drastik perlu diambil kerana baginya soal penampilan diri cukup penting.

"Saya sedar berat badan naik selepas cuti dua minggu pada Aidilfitri lalu. Jadi saya ambil langkah segera apatah lagi hari ini saya sudah memulakan penggambaran.

"Selain mahu cantik dalam televisyen (TV), saya tak mahu cepat mengah. Disebabkan itulah saya bersenam bagi memastikan stamina berpanjangan dalam berdepan jadual kerja padat.

"Alhamdulillah, jadual kerja saya penuh hingga akhir tahun ini. Jadi, sudah tentu ia memerlukan komitmen tinggi," katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu sudah memulakan penggambaran program Ngaroot bersama-sama kumpulan Shiro untuk saluran Astro Warna.

Elly juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod untuk slot Samarinda terbitan TV3.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com