Dua Kampung Di Kulim Dilanda Banjir, 18 Mangsa Dipindahkan


ALOR SETAR - Hujan lebat selama beberapa jam petang semalam mengakibatkan dua kampung di Mukim Sedim dekat Kulim dilanda banjir.

Menurut Sekteriat Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Leftenan Mohd. Fadhil Fahmi Zaini, setakat 9.30 malam tadi sebanyak 18 mangsa daripada tiga keluarga terpaksa dipindahkan ke surau Kampung Tebuan ekoran rumah masing-masing dinaiki air.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung Tebuan membabitkan 10 rumah dan Kampung Jalan Baru sebanyak sembilan rumah.

“Kita menjangkakan lebih banyak mangsa kerana proses pemindahan masih berlangsung,” katanya di sini semalam.

Tambah beliau, pihaknya memantau keadaan banjir di tempat kejadian serta mengerahkan mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com