Dua Beranak, Rakan Disyaki Terlibat Pecah Rumah Di Kangar


KANGAR - Dua beranak ditahan bersama seorang lelaki kerana disyaki aktif terbabit melakukan jenayah pecah rumah di negeri ini sejak awal Januari lalu.

Kejayaan penahanan itu turut menemukan semula empat biji tayar kereta milik seorang mangsa yang dilaporkan dicuri suspek sama di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dan tular di media sosial baru-baru ini.

Suspek lelaki yang menjadi dalang kegiatan jenayah itu berusia 36 tahun dan ditahan di sebuah rumah di sini, pada pukul 11.30 malam, 6 September lalu, ekoran satu laporan polis kes pecah rumah di Beseri, Padang Besar, sebelum itu.

Beberapa jam selepas itu, polis menahan suspek kedua di sebuah rumah lain di sini berusia 31 tahun dan susulan itu, seorang remaja berusia 17 tahun yang juga anak kepada suspek pertama diberkas di rumah mereka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Azisman Alias berkata, berikutan kejadian itu, polis percaya telah dapat menyelesaikan kes-kes pecah rumah yang dipercayai berlaku sejak awal tahun ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com