Doktor Suruh Cuti - Kazim


IPOH - Jadual ceramah yang padat di samping tidak mahu menghampakan permintaan orang ramai menyebabkan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menangguhkan rawatan di hospital.

Menurutnya, keputusan itu diambil kerana ingin memberi tumpuan supaya ceramah dan program televisyen yang telah diatur berjalan lancar.

Katanya, sakit di bahagian usus yang dialami sebelum ini sepatutnya memerlukan rawatan segera, namun kekangan masa termasuk kesibukan menguruskan Pusat Pendidikan Al Barakah menjadikan ia tertangguh.

Dalam status dimuat naik di akaun Facebook Jumaat lalu, Mohd Kazim memaklumkan menangguhkan rawatan hingga Isnin ini untuk beri laluan ceramah di Telok Panglima Garang, Selangor.

Beliau akui, masih lagi menjalani rawatan susulan di hospital dan mematuhi pemakanan ubat yang ditetapkan.

Beliau berkata, setakat ini, penyakit diabetes dan jantung dihidapinya berada pada tahap di bawah kawalan.

“Selepas serangan jantung tahun lepas, saya menjaga makan,  minum, bersukan dan rehat.

Bagaimanapun, dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, beliau mengakui kurang selesa hingga memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Perut saya sering alami kembung, keadaan ini menyebabkan saya cepat penat dan susah bernafas.

“Alhamdulillah, saya  mempunyai pasukan yang sentiasa memantau aktiviti saya dari pengurusan sehingga kesihatan dan ia membolehkan jadual disusun lancar,” katanya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com