Cuaca Baik Di Pulau Pinang, Keadaan Banjir Semakin Pulih


GEORGE TOWN- Banjir yang melanda Pulau Pinang semalam semakin pulih hari ini berikutan cuaca semakin baik manakala hujan sudah mulai berhenti sejak semalam.

Tinjauan di beberapa kawasan, antaranya di Jalan Masjid Negeri, Jalan Lumba Kuda dan Medan Fettes, Tanjung Bungah mendapati kebanyakan laluan yang ditutup semalam kini sudah mulai dibuka.

Kerja-kerja membersihkan lumpur dan pokok tumbang kini sedang giat dijalankan oleh pekerja-pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Manakala orang ramai sudah boleh melakukan aktiviti seharian mereka seperti biasa.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih bertungkus lumus membersihkan kesan runtuhan tanah dan pokok tumbang yang berlaku di pangsapuri Medan Fettes, Tanjung Bungah hingga menyebabkan enam kenderaan tertimbus.

Kerja-kerja mengalih tanah dan lumpur terpaksa dilakukan menggunakan lori bagi mengeluarkan tiga lagi kenderaan yang masih tertimbus di bawah runtuhan tanah.

Sementara itu, difahamkan sebahagian mangsa yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan di beberapa daerah di negeri ini, telah pulang untuk membersihkan rumah masing masing.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com