Bibi Ramjani Presiden Kafa Baharu


KOTA BHARU - Ahli perniagaan Bibi Ramjani Ilias Khas menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi penggal 2017-2021.

 Bibi Ramjani menumpaskan pesaingnya Datuk Muhammad Nasir Hamzah dengan kiraan 32 undi berbalas 16 bagi undian pusingan kedua.

Undian dua pusingan terpaksa dilakukan selepas usahawan wanita itu gagal memperolehi 2/3.

Pada pusingan pertama Bibi Ramjani menang dengan undian 32 berbalas 19.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com