Berjuta Penduduk Florida Pindah Akibat Taufan Irma


HAVANA - Taufan Irma mula membadai Cuba dengan membawa angin kencang yang meragut 21 nyawa serta menyebabkan kemusnahan teruk di negara itu ketika bergerak ke arah Florida kelmarin.

Irma, antara taufan Atlantik terkuat sejak seabad lalu, dijangka melanda Florida pagi ini dengan membawa bersama angin pemusnah kuat dan ancaman banjir ke negeri keempat paling ramai penduduk di Amerika itu.

Usaha pemindahan terbesar dalam sejarah termasuk penduduk di sekitar Miami itu menjadi sukar akibat lebuh raya sesak, kekurangan bekalan minyak selain cabaran memindahkan warga emas dari destinasi pilihan persaraan itu.

Ribut itu diramal semakin kuat dan akan membadai Florido Keys sebagai taufan kategori lima iaitu tahap taufan terkuat menurut Pusat Taufan Nasional dengan kelajuan angin kira-kira 258 kilometer sejam.

Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Amerika Syarikat hanya pernah menyaksikan tiga ribut kategori lima sejak 1981.

Katanya, taufan Irma adalah lebih besar berbanding taufan Andrew yang menjadi taufan kategori lima terakhir pernah melanda Amerika Syarikat pada 1992. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com