Beri Peluang Produk Halal Tempatan


KONGLOMERAT multinasional di negara ini diminta supaya membuka pintu kepada syarikat tempatan untuk menjalinkan kerjasama bagi memasarkan produk halal ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mahu semua Ketua Pegawai Eksekutif syarikat multinasional supaya memberi peluang kepada pengusaha produk halal tempatan untuk bekerjasama dalam pasaran yang lebih strategik.

Kata beliau, pihaknya akan mengeluarkan jemputan untuk membolehkan semua (Ketua Pegawai Eksekutif) duduk berbincang bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

"Masalah utama rakyat kita adalah suka merendah-rendahkan produk tempatan sedangkan produk keluaran Malaysia diterima baik di negara luar.

"Pengusaha kita boleh serta berkemampuan mengeluarkan produk halal yang berkualiti dan semua pihak perlu keluar daripada kepompong pemikiran sedia ada bagi memastikan Malaysia kekal peneraju industri halal dunia," katanya pada sesi Dialog Perdana Industri Halal anjuran Halal Industry Development Corporation (HDC), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com