Bekas Setpol Arwah Ustaz Azizan Bidas Pakatan "Sahabat" Clare Brown


ALOR SETAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor membidas rakan-rakan baik pemilik Sarawak Report, Clare Rew Castle Brown, yang dilaporkan gagal mengemukakan bukti di Mahkamah Tinggi London kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi rasuah berjumlah RM90 juta kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Razak itu menyindir pedas rakan-rakan Clare yang tidak membantu Ketua Pengarang Sarawak Report itu untuk menyalurkan bukti dokumen yang kononnya dimiliki mereka sebelum ini.

"Mana dia kawan2 dia di Malaysia... Dalam PAN, dalam PKR dalam DAP, Dalam PPBM... Tak tolong supply dokumen kaaa?...dah kata ada sangattt," kata beliau, menyindir pemimpin parti gabungan Pakatan Harapan tersebut.

Clare sebelum ini dikatakan menjadi sumber rujukan utama kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menyerang Mohd Najib berhubung isu 1MDB yang dikatakan kononnya membabitkan "kehilangan" sejumlah wang.

Difahamkan juga bahawa Mahathir pernah bertemu dengan Clare sebelum ini.


Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.

Tindakan itu susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Perdana Menteri menarik kepemimpinan PAS untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Presiden PAS itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, namun tidak diendahkan oleh Clare dan sebilangan pemimpin Pakatan Harapan terus menerus menyerang PAS dengan cuba meyakinkan rakyat supaya mempercayai laporan Sarawak Report itu.

Ekoran itu, Abdul Hadi mengarahkan peguamnya di UK untuk menghantar tiga pucuk surat yang meminta Brown memohon maaf terhadap tuduhan palsu, tetapi tiada maklum balas yang diterima.

Sebuah portal berita di UK turut menjelaskan bahawa Brown diminta hadir semula ke Mahkamah Tinggi London pada Oktober ini yang memungkinkannya untuk cuba melengah-lengahkan lagi perbicaraan itu.

Bagaimanapun menurut portal itu, perkembangan yang berlaku itu adalah bagai membayangkan bahawa Pakatan Harapan yang dikuasai DAP yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang sangat bersusah-payah untuk menjatuhkan Mohd Najib berdasarkan artikel-artikel yang ditulis oleh Clare. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com