Banjir Pulau Pinang: Sekolah Tetap Beroperasi


GEORGE TOWN - Sekolah di Pulau Pinang tidak akan ditutup pada Jumaat biarpun banjir besar melanda negeri itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Shaari Osman berkata, kelas akan berjalan seperti biasa sehingga diberitahu kelak.

"Kami memahami bahawa terdapat beberapa sekolah yang terjejas akibat banjir dan mungkin ada pelajar dan guru yang tidak dapat hadir ke kelas," katanya pada Jumaat.

Tinjauan di beberapa sekolah di Pulau Pinang mendapati para ibu bapa menghadapi masalah untuk mengambil anak mereka yang mengikuti sesi pagi persekolahan.

Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM) telah menggerakka bebeapa trak untuk membawa para pelajar ke tempat yang lebih tinggi sementara para ibu bapa dikumpulkan.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com