Banjir Di Pulau Pinang Pulih Sepenuhnya


PULAU PINANG - Banjir yang melanda negeri ini sejak tiga hari lalu pulih apabila semua pusat pemindahan ditutup pada pukul 5.30 petang semalam.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), semua mangsa termasuk 12 orang membabitkan empat keluarga yang ditempatkan di dewan Kampung Lubok Meriam, Seberang Perai Utara (SPU) merupakan kumpulan terakhir yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir yang melanda negeri ini awal pagi Jumaat lalu disifatkan terburuk dalam tempoh 10 tahun apabila hampir 600 mangsa di seluruh negeri dipindahkan selain seorang wanita turut lemas selepas dihanyutkan arus banjir di Jalan Paya Terubong. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com