Bangladesh Mahu Myanmar Tubuh Zon Selamat Untuk Rohingya


DHAKA - Bangladesh telah mencadangkan untuk mewujudkan zon selamat yang dikendalikan oleh kumpulan bantuan kemanusiaan untuk pelarian etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar, bagi menghalang mereka daripada menyeberangi sempadan negara itu susulan operasi ketenteraan.

Cadangan itu, dijangka tidak akan mendapat perhatian daripada Myanmar kerana mereka mendakwa penduduk etnik Rohingya adalah pendatang asing dari Bangladesh.

Ekoran itu, Bangladesh, yang merupakan antara negara termiskin di dunia, perlu membuka kem pelarian baharu untuk menampung kebanjiran penduduk etnik Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

“Logik penubuhan zon berkenaan adalah supaya tiada Rohingya yang boleh memasuki Bangladesh,” kata Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque.

Dhaka telah menghantar cadangan berkenaan kepada kerajaan Myanmar menerusi Persatuan Palang Merah Antarabangsa untuk menubuhkan tiga kawasan di Rakhine bagi mewujudkan zon selamat. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com