ASEAN Perlu Panggil Myanmar


PASIR MAS - ASEAN perlu segara memanggil Myanmar dalam sidang khas bagi memberikan penjelasan berhubung pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas entik Rohingya di Rakhine.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Senator Datuk Hanafi Mamat berkata, walaupun ASEAN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara tetapi perkara tersebut perlu atas nama kemanusian.

“ASEAN tidak boleh lari dari hal-hal berkaitan dengan kemanusian begitu juga dalam isu etnik Rohingya.

“Saya berpendapat melalui cara ini, kita boleh mendapatkan maklumat secara jelas punca berlakunya krisis berkenaan di negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas merasmikan program Jom Ngeteh di Tabika Nurul Huda, Bunut Susu di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com