AS Minta PBB Sokong Sekatan Keras Korea Utara


NEW YORK - Amerika Syarikat secara rasmi meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk mengenakan sekatan lebih keras ke atas Korea Utara pada Isnin walau menerima tentangan China dan Russia.

"Pada petang ini, Amerika Syarikat memaklumkan kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa ia berhasrat untuk mengadakan mesyuarat bagi mengundi draf resolusi untuk mengenakan sekatan tambahan ke atas Korea Utara pada Isnin, 11 September," kata kenyataan itu.

Washington sudah membentangkan satu resolusi draf PBB untuk mengenakan sekatan minyak ke atas Korea Utara, membekukan aset Kim Jong-Un, sekatan tekstil dan menghentikan pembayaran pekerja Korea Utara. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com