Angkara Dendam, Tujuh Lelaki Bakar Pusat Tahfiz


KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan punca kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Jumaat lalu berkaitan dengan dendam oleh sekumpulan lelaki kepada pelajar di pusat berkenaan.

Ia terbongkar daripada siasatan polis yang membawa kepada tangkapan kepada tujuh suspek utama yang berusia antara 11 hingga 18 tahun sejak kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media tergempar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurutnya, tujuh remaja itu ditahan bermula jam 6 petang semalam hingga 2.30 pagi hari ini.

"Ujian saringan air kencing terhadap tujuh suspek juga mendapati enam daripadanya positif dadah.

"Suspek bertindak sedemikian akibat dendam selepas mendakwa berlaku ejek-mengejek antara mereka dengan beberapa pelajar di tahfiz berkenaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com