Amyra Bakal Lahirkan Bayi Lelaki


KUALA LUMPUR- Apakah jantina bayi sulung pasangan Amyra Rosli dan Amar Baharin terjawab apabila mereka mengumumkan bakal menimang bayi lelaki pada penghujung Oktober depan.

Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 26, berkata usia kandungannya kini sudah memasuki 33 minggu.

“Alhamdulillah, saya akan melahirkan bayi lelaki tidak lama lagi. Kalau nak ikutkan dijangka bayi lahir pada penghujung bulan Oktober.

“Kini kandungan saya  sudah memasuki 33 minggu, tinggal beberapa minggu saja lagi," kata Amyra kepada mStar Online.


Amyra Rosli Sukar Bangun

Amyra dan Amar mengumumkan jantina bayi mereka ketika majlis baby shower yang bertemakan 'barn'  di Happi Kiddo, Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Amar berkata dia sangat teruja menantikan saat kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Menurut Amar, 32, dia seronok berkongsi pengalaman ketika isterinya hamil di laman sosial.

“Rasanya semua lelaki berasa teruja seperti saya. Saya suka berkongsi pengalaman Amyra ketika dia hamil di Instagram supaya peminat dapat mengikuti perkembangan kami.

“Tambahan pula Amyra ini tidaklah susah nak dijaga. Dia tak meragam dan mengidam bukan-bukan," ujarnya.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com