Aliff Aziz Terima Padah Kontroversi, Kurang Terima Tawaran Menyanyi Dan Berlakon


SHAH ALAM- Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 27, mengakui kontroversi membabitkan dirinya dengan bakat baharu, Afifah Nasir, baru-baru ini memberi kesan sehingga menjejaskan tawaran persembahan nyanyian serta lakonan.

Pelakon Meh Sandar Lagi itu bagaimanapun, enggan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya bertekad untuk terus mencari rezeki bagi menyara keluarganya.

"Publisiti buruk yang diterima memberi kesan kepada kerjaya seni, tetapi saya tidak mahu berfikiran negatif.

"Saya juga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana perkara ini atas kesilapan sendiri. Sekarang adalah masa untuk saya kembali memperbetulkan keadaan dengan meluangkan lebih masa bersama keluarga," katanya.

Aliff ditemui pada majlis aqiqah dan cukur jambul putera sulungnya, Mohamad Ayden Adrean, yang diadakan di sebuah hotel di sini, malam semalam.

Kata Aliff, kehadiran Ayden yang kini berusia dua bulan cukup bermakna buat dirinya dan isteri, Bella Astillah, 23, serta kedua-dua keluarga kerana anaknya itu cucu sulung.

"Ayden bertuah dikelilingi keluarga yang sangat menyayanginya. Tetapi sebagai ibu dan bapa, ia menjadi tanggungjawab besar untuk saya dan isteri dalam mencorakkan masa depannya.

"Sekarang adalah masa untuk saya bekerja lebih keras dan melupakan segala peristiwa hitam yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com