70,722 Orang Anak Merdeka


KUALA LUMPUR – Seramai 70,722 rakyat Malaysia menjadi antara individu istimewa pada hari ini apabila menyambut hari kelahiran mereka sama dengan Hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun.

Lebih manis, daripada jumlah itu, seramai 968 orang me­nyambut ulang tahun kelahiran mereka yang ke-60 tahun ke­rana lahir ketika negara mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, mereka yang lahir pada tarikh tersebut cukup istimewa kerana jatuh pada hari bersejarah iaitu hari pengisytiharan kemerdekaan negara.

Selain itu katanya, seramai 11,574 orang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula menyambut hari kelahiran mereka pada 16 September iaitu sempena hari penubuhan Malaysia.

“Daripada rekod yang diterima daripada JPN seramai kira-kira 70,722 orang lahir pada 31 Ogos dari tahun 1957 hingga 2016, manakala sejumlah 11,574 orang dilahirkan pada 16 September sejak 1963 hingga tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com