70 Penduduk Kampung Verasamy Terjejas Banjir


SUNGAI SIPUT - Seramai 70 penduduk dari 30 keluarga di Kampung Verasamy di sini, terjejas akibat banjir kilat, malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput berkata, tujuh daripada penduduk berkenaan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Bazar Batu 1 di sini.

Katanya, pihaknya memberi bantuan selepas menerima panggilan pada jam 10.51 malam.

"Mangsa yang terjejas seramai 70 penduduk dari 30 keluarga.

"Air naik setinggi 0.3 meter di kawasan perumahan.

"Anggota kemudian membantu memindahkan tujuh mangsa ke pusat pemindahan sementara," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas pemindahan dilakukan air semakin surut.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com