61 Korban Terkini Gempa Bumi Mexico


JUCHITAN DE ZARAGOZA- Angka korban gempa bumi paling kuat pernah menggegar Mexico sejak seabad lalu mencecah 61 orang.

Polis, tentera dan pasukan kecemasan bertungkus lumus mencari mangsa terselamat daripada sisi runtuhan bangunan, sejak kelmarin.

Wilayah selatan negara itu adalah kawasan paling teruk terjejas di mana pasukan kecemasan mencari mangsa terselamat atau mayat di celah-celah runtuhan rumah, gereja dan sekolah.

Presiden Enrique Pena Nieto berkata, 45 orang terbunuh di Oaxaca, 12 di Chiapas dan empat di Tabasco.

Namun, jumlah kematian dijangka melebihi angka 80 orang berdasarkan maklumat pegawai negeri.

Pihak berkuasa turut memberi amaran gempa bumi susulan kuat dijangka berlaku selepas gempa pertama. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com