402 Peserta Sertai Aktiviti Mengiling Cili Dan Rempah Menggunakan Batu Giling Di Batu Buruk


Seramai 402 peserta menyertai aktiviti mengiling cili bersama batu giling dan juga rempah secara beramai-ramai yang telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu hari ini di Dataran Pantai Batu Buruk, disini petang Ahad.

Aktiviti tersebut juga disertai oleh ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Daerah Kuala Terengganu dan turut menyertai pertandingan dan demontrasi tersebut yang julung-julung kali diadakan disini.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Ahmad Feizal Haladin berkata, program ini julung kalinya diadakan bagi mengetengahkan cara masakan orang dahulu dan 200 kilogram cili serta rempah ratus berjaya diproses.

Beliau juga berkata, orang-orang dahulu menggunakan kaedah batu giling untuk menghasilkan rempah untuk masakkan harian dan dibuat majlis-majlis yang besar seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

Tambahan lagi,”Tujuan utama pejabat daerah Kuala Terengganu mengadakan program ini adalah untuk mengimbau kembali kaedah yang digunakan pada tahun 50 hingga 100 tahun dahulu”,katanya.

Disamping itu,aktiviti tersebut dapat mendedahkan kepada golongan muda dan juga anak-anak hari ini tentang peralatan tersebut.

Menurut beliau program tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 402 batu giling yang dibawa sendiri oleh komuniti J3K seluruh daerah Kuala Terengganu yang merangkumi 203 J3K keseluruhannya.

Selain itu,pengerusi J3K Kampung Teluk Paku Haji Ayob Mamat memberitahu, aktiviti seperti ini perlu diteruskan dimasa-masa akan datang kerana anak muda hari ini tidak pernah tahu dan kenal peralatan lama seperti batu giling ini.

Beliau sendiri telah menggunakan batu giling berusia lebih 60 tahun yang telah digunakan oleh ibu dan nenek beliau sendiri.

“Saya selaku peserta hari ini(Ahad) amat berpuas hati dengan penganjuran ini dan dapat memberi pendedahan kepada golongan muda yang mana sebelum ini hanya melihat di internet sahaja melalui gambar-gambar yang disiarkan,tetapi hari ini, mereka dapat melihat sendiri bagaimana cara orang dulu-dulu membuat rempah untuk masakan dan mungkin hari ini juga ramai anak muda tidak pernah melihat lesung (penumbuk bawang) dan kegunaannya”,kata salah seorang peserta program tersebut.

“Bagi mereka mesin pengisar itu lebih mudah dan cepat untuk memasak dan hidup dalam serba kemudahan tidak sama seperti 50 tahun dahulu,saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pengurusan pejabat daerah kerana telah berjaya mengadakan program seperti ini disamping dapat mengeratkan silaturahim antara J3K yang ada didaerah ini”,katanya.

Justeru,program tersebut sangat digalakan yang bukan sahaja dapat mengenali peralatan memasak pada zaman dahulu malah dapat mengerat hubungan silaturahim antara masyarakat.

Sumber: PRU14.TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com