4 Beranak Terperangkap Dalam Banjir Di Nibong Tebal


NIBONG TEBAL - Empat sekeluarga terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Sungai Buang, di sini, dinaiki air berikutan limpahan air sungai selepas hujan lebat, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.22 petang.

Keluarga itu yang terdiri daripada dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tidak sempat berpindah lebih awal kerana air naik mendadak lebih satu meter.

"Seramai 12 anggota dari Balai Bomba Sungai Bakap bergegas ke lokasi untuk menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat.

"Banjir kilat itu mengakibatkan 21 rumah di kampung itu dinaiki air yang mana 20 keluarga sempat keluar lebih awal," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com