161 Penagih Ditahan AADK Terengganu


KUALA TERENGGANU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan seramai 161 penagih termasuk tiga wanita menerusi Ops Perdana yang dijalankan selama tiga hari bermula Selasa lalu sehingga malam tadi melibatkan empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman.

Menerusi operasi yang berakhir pada pukul 8 malam tadi, AADK memeriksa seramai 186 individu dengan 161 daripada mereka didapati positif dadah.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Terengganu, Wan Jailani Wan Ismail berkata, operasi kali ini dijalankan dengan mengesan penagih dari rumah ke rumah berdasarkan aduan yang diterima termasuk menyerbu lokasi mereka melepaskan gian.

"Menerusi operasi kali ini, kita berjaya menahan seramai tiga penagih bawah umur berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun, 137 penagih berusia 19 hingga 39 tahun dan 21 penagih berusia 40 tahun ke atas yang kesemuanya merupakan warga tempatan.

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati 118 penagih tersebut positif dadah jenis metamphetamine, 32 positif dadah jenis opiat serta enam orang penagih amphetamine," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini semalam.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com