Zahid Hamidi Janji Tak Letak Calon 'Payung Terjun' Di Parlimen Jerlun


ALOR SETAR - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dijangka akan dicalonkan semula untuk mempertahankan Parlimen Jerlun pada pililhan raya umum ke 14 ini.

Walaupun keputusan itu belum muktamad, Naib Presiden  UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini  menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO membayangkan tiada calon luar kawasan akan diletakkan bertanding di situ.

Semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat sini semalam,  Ahmad Zahid yang juga TimbalanPerdana Menteri berjanji untuk tidak meletakkan calon 'payung terjun' di kawasan Parlimen Jerlun pada pilihan raya nanti.

Beliau bagaimanapun yakin kawasan Parlimen Jerlun yang pernah diwakili Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa beliau berada di dalam UMNO dulu ( sekarang Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia) akan terus dikuasai UMNO berdasarkan kepada perpaduan erat dalam kalangan anggota dan pemimpinnya.

Pada PRU13, Othman yang kini Naib Ketua UMNO bahagian itu mempertahankan Parlimen Jerlun dengan majoriti 3,270 undi. Beliau memperolehi 24,161 undi menewaskan calon PAS Dr. Ismail Salleh yang mendapat 20,891 undi.


Parlimen tersebut sebelumnya diwakili oleh  Mukhriz  pada PRU12 sebelum bertanding di DUN Ayer Hitam. Othman juga sebelum itu pernah menjadi ADUN Ayer Hitam dan dilantik Exco kerajaan negeri tetapi gagal mempertahannya pada PRU 2008 kawasan apabila dimenangi calon PAS.

Sementara Datuk Hassan Sarif yang kini memangku Ketua UMNO Bahagian Jerlun selepas Mukhriz dipecat keahlian UMNO, menang kerusi  DUN Kota Siputeh sejak empat  penggal berturut.

Parlimen Jerlun belum pernah dimenangi oleh parti pembangkang selepas kawasan itu berpecah dengan  Langkawi. - Kedahnewas.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com