Video Tular Kononnya PRU14 Oktober Ini Hanya Simulasi - SPR


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihanraya  (SPR) menafikan dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal berlangsung pada Oktober ini seperti yang tersebar.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini berkata berita itu adalah tidak benar dan ia sama sekali bertujuan mengelirukan masyarakat.

"SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

"Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR," menurut kenyataan itu.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan  reputasi SPR.

Pengurusan Tertinggi SPR juga sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com