Video Rani Kulup Mahu Jadikan Azlina Othman Isteri Ketiga


Abdul Rani Kulup Abdullah yang dikatakan suka mengejar populariti kini memetik nama baru pula setelah mengusik peguam pro pembangkang Siti Kasim dan jutawan kosmetik Datuk Vida.

Dalam wawancara rancangan bual bicara santai di Astro Ria, Rani yang membahasakan dirinya sebagai ayah, secara spontan mengaku mahu mencuba nasib dengan “Azlina Othman”.

Nama itu terpancul secara spontan ketika ditanya pengacara siapa lagi beliau hendak mencuba nasib sebagai isteri ketiganya.

Suasana diam sebentar ketika beliau menyebut nama itu, yang mirip Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Azlina Othman? Siapa?” kata seorang pengacaranya perlahan.

Kemudian seorang lagi pengacara meminta penjelasan Rani: “Penyanyi ke pelakon ke?”

Rani bagaimanapun menjawab beliau juga tidak tahu kerana nama itu dicadangkan pihak lain padanya.

“Orang yang bagi tahu ayah. Ayah mana tahu,” katanya sambil disambut gelak ketawa para pengacara.


Rakaman siaran itu disiarkan kembali di YouTube.

Sumber:  PRU14.tv

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com