Van MAB Rempuh Dinding, Dua Cedera Serius


PETALING JAYA - Sebuah van milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah merempuh dinding berhampiran jambatan udara (aerobridge), menyebabkan dua kakitangan syarikat cedera serius.

Dalam kejadian petang Rabu, van tersebut dipercayai dipandu laju sebelum melanggar dinding Bay H2.

"Kakitangan MAB terlibat dalam kemalangan tersebut. Kedua-duanya mengalami kecederaan serius.

"Mangsa pertama (pemandu) disyaki patah kaki manakala mangsa kedua (penumpang sebelah pemandu) disyaki patah kaki dan tangan. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan," menurut sumber.

Maklumat awal mendapati pemandu dipercayai diserang sawan semasa memandu.

Sementara itu Pihak Unit Perkhidmatan Pesawat (ASU) memaklumkan bahawa pemandu tiada permit memandu (ADP).

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com