Tunku Tun Aminah Sempurnakan Khatam Al-Quran


JOHOR BAHRU - Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memperdengarkan bacaan surah lazim sempena Majlis Khatam al-Quran di Istana Bukit Serene di sini, semalam.

Majlis khatam berkenaan diiringi guru agama Tunku Tun Aminah, Raimah Kemat, yang turut membacakan doa pada akhir majlis.

Majlis berkenaan dikongsi pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga Diraja Johor,

Royal Press Office (RPO) sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Tunku Tun Aminah dengan bakal suaminya, Dennis Muhammad Abdullah, hari ini.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, berkenan menghadiri majlis diadakan secara sederhana itu.

Hadir sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Kerabat Diraja Perak serta isteri pegawai daerah seluruh Johor.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com